TomeL-TomeL

TomeL-TomeL

Monday, 19 November 2012

Urine Blockage dan diet anak bulus

ola...

Hari ni entri lain sikit. Saya nak kongsi dengan semua cat owner, cat care giver atau feeder di seluruh negara.

Berkenaan...
Makanan kucing dan Feline Urinary Lower Tract Disease (FLUTD)

Sebagai pemilik kucing atau care giver/ feeder yang aktif, saya memohon agar kita melihat kesan dan akibat sekiranya kucing diberikan makanan jenis kering atau 'Dry food- kibbles, kopok" dan sewaktu dengannya. Bukan niat saya untuk memburukkan makanan kucing jenis kibbles. Cuma cat owner atau care giver/feeder tidak memberi makanan yang kering sahaja kepada kucing dalam jangka masa panjang.
Ini kerana susah kita nak pastikan yang mereka minum air yang mencukupi atau tidak.

 Berdasarkan pengalaman saya, kucing amat mudah terkena penyakit urine block atau tersumbat lebih-lebih lagi kucing jantan.

Kucing secara natural adalah haiwan yang sangat sukar berasa haus atau dahaga.
Mereka mendapat air daripada mangsa yang ditangkap seperti burung atau tikus contohnya.
Begitulah ciptaan kucing ini.

Kesian bila kita tengok betapa sengsara mereka cuba nak kencing tapi tidak dapat.
Apa akan berlaku sekiranya kita sebagai pemilik kucing tidak sedar akan simptom2 penyakit ni.
Pasti ia boleh membawa maut. 
Apatah lagi kucing yang kita bagi makan setiap hari di jalanan yang hanya makan dry food. 
kibbles sahaja. Pasti tiada siapa yang perasan!

Kucing jantan saya, telah menjadi mangsa kepada sikap saya yang mengambil mudah tentang pemakanan kucing.
Setiap hari saya bagi kucing saya si Tupai makan kibbles...
sehingga pada satu hari saya perasan, Tupai menjerit-jerit bila nak kencing.
Litter box habis di sepah-sepahkan...
Kesan penyakit ni, berpanjangan dan boleh berulang.
Tupai melalui proses Catheterization sebanyak 3 kali rawatan yang berbeza...
dan akhirnya, Tupai dibedah kerana terdapat darah beku dan struvite yang tidak hancur dalam bladder Tupai.

Sedih...
lebih-lebih lagi bila ada yang tidak tahu bagaimana nak buat bila kucing sakit FLUTD.

Baru-baru ni, satu insiden kucing jantan kawan saya mengidapi penyakit ni.
Saya tolong bawak pergi klinik. Allah sahaja yang tahu betapa seksa dia menanggung rasa nak kencing tapi tak dpt kencing (bayangkan diri kita cari toilet tak jumpa bila dah sarat nak kencing).


Tengok gambar di atas, ini adalah kucing jantan kawan saya. 
sedih tengok.Vet terpaksa picit pundi kencing dia untuk keluarkan air kencing.


Air kencing bercampur darah.
Kucing bernama comel di 'admit' selama lebih kurang seminggu.
Tuan dia kata, selama 5 tahun kucing dia makan nasi dan ikan rebus.
tapi bila tukar diet makan dry food/ kibbles dalam beberapa bulan tahun ni,
terus kucing ni terkena urine blockage.

Sayang....Tuhan lebih sayangkan dia....seminggu lepas keluar klinik, dia pergi selamanya.
Mungkin sebab komplikasi...sedih....semoga kamu aman di sana sayang.

Semoga kita ambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut dan pengalaman saya.
Sebagai human parents atau feeder kepada anak bulus ni, saya harap kita bijak mengatur diet pemakanan mereka.
Tidak lupa juga untuk diri kita juga.





Tuesday, 30 October 2012

Goldie:)

Ola...


Hai Goldie lagi...

 


Huh mama ni tak de keje lain..tau la Goldie ni comel sangatttttt

 

Monday, 1 October 2012

Yang Harus ku hargai....

ola...

yang harus ku hargai......
saat melihat kamu sihat
saat melihat kamu mengiau
saat melihat kamu nakal bermain
saat melihat kamu berebut makan
saat melihat kamu tidur dengan nyenyak
saat melihat kamu manja

itu harus aku hargai...

kalau kamu kurang sihat...
akan ku pastikan 
aku sabar, aku bertahan dan aku kuat
untuk aku harungi hari hari sayu bersama kamu semua
sehingga akhir nyawa...

Ya Allah, semoga kasih dan sayang mu terus kau hamparkan 
dan terus kau baluti di tubuh anak anak bulus yang kurang sihat
agar mereka kuat dan terus kuat untuk terus bersama kami
dengan izin mu ya Allah...Amin

untukmu Twinkle

Thursday, 27 September 2012

Anak Angkat BAru

Ola....


Saya Goldie atau nama manja mama panggil Buyung antu:P
sebab mama kata muka kita comel sgt mcm burung antu.
tinggal ngan mama sejak bulan Mac lepas ...sekarang dah gemok dan gendut; hihihihi
 Saya nak perkenalkan keluarga baru kami....

 
 Ini Deq Madan...nama Klinik dia Qubah
Mama ambik jd anak angkat dalam bulan pose ari tu...
pasal tu la nama dia deq Madan...nama sama mcm abg Madan mama kim n mama meyi!
Mama bagitau...keluarga dia tinggalkan dia kat vet mcm tu jer..
Mama kesian sgt tengok dia 
tiap kali pegi Klinik lawat abg Tupai yang masa tu kena bedah.
Mama kata, Kalau mama lalu ker ...deq madan mesti panggil mama....

 Sekarang Deq Madan dalam jagaan mama...
Doakan Deq Madan cepat sembuh yer...
Deq Madan tak dpt kontrol bladder...Kaki belakang terseret2 sikit.
Goldie doakan dia cepat sembuh dan dpt main ngan Goldie kat luar.

Ini Lucky....Abang Mama jumpa dia kat Hong Leong bank...
Rupa dia mcm dlm gambar ni..
kaki tempang...luka sgt dalam dan besar...
Mama bawak pegi Vet...
Rupanyer...Lucky kena gigit anjing...
kesian kat Lucky....


Ni gambar terkini....dah sgt hensem....
Sebab kaki dia tempang...nama Lucky jadi Te'pok...
Mcm Kuduk Te'pok kakak ShomeyShomey tu....
Las las skg ni, nama glamor dia Otek2.
hahahahah.....tu sume gara kecomelan Otek2 dan Te'pok Kakak Shomey2.

Bagi Pihak Mama, 
Goldie harap kakak shomey2 tak saman Mama yer sebab guna nama tanpa kebenaran hakcipta ☺

Sekian. Tima kasih.

Friday, 21 September 2012

Happy Besday To Kakak GT Hans

ola....

lama tak bersua,
tau-tau dah besday kakak shomeyshomey 
Heppy Besday kakak
Dari kami Orang Sarawak


ni Gambar lama, Mama Tatami tak de kesempatan nak uplod yg baru:)
tu tgk Wawa rupa zaman kesultanan melaka. hihihi

Semoag Panjang umur murah rezki dan dipermudahkan jaga shomeyshomey tersayang bersama mama meyie.

AMIN

Tuesday, 26 June 2012

Rindu...

Ola...
 Wajah2 comel di kampung...Uno, Musang dan Kris. 
Buat Uno dan Kris, semoga kamu berdua sihat2 bersama mummy sayang yer.

 Musang...yang telah tiada...namun memori tetap mekar dihati kami sume.

 Sayang...muka garang...mummy kepada tiga banak kat atas tu:) 

 Mama Tatami...lama dah tak update blog...
ni update pasal bebudak kat kampung yer?
Iyer sayang mama....nape tanyer?
Sajer jer mama....Mama jgn sedih2 pasal Musang tu yer
Dia, Adik Lucky dan Kak Jasper pasti gembira kat Jambatan Pelangi tu tgk kita dari sana.
Lap air mata tu k.

Ok la sayang mama. makacih. Sayanggggg Asari.

Rindu.

Tuesday, 5 June 2012

At Rainbow Bridge, you wait for us...

Dari Allah Mereka datang, kepada Allah mereka kembali...
Tak sempat melihat kamu membesar...
Kerana Allah lebih menyayangi,
kini...semua tinggal kenangan kecilikan dan kecomelan Musang dan Lucky.
U will always be dearly missed darling kittens

Musang (8/1/2012 - 25/5/2012)




Lucky (April 2012 - 5 Jun 2012)