TomeL-TomeL

TomeL-TomeL

Monday, 19 November 2012

Urine Blockage dan diet anak bulus

ola...

Hari ni entri lain sikit. Saya nak kongsi dengan semua cat owner, cat care giver atau feeder di seluruh negara.

Berkenaan...
Makanan kucing dan Feline Urinary Lower Tract Disease (FLUTD)

Sebagai pemilik kucing atau care giver/ feeder yang aktif, saya memohon agar kita melihat kesan dan akibat sekiranya kucing diberikan makanan jenis kering atau 'Dry food- kibbles, kopok" dan sewaktu dengannya. Bukan niat saya untuk memburukkan makanan kucing jenis kibbles. Cuma cat owner atau care giver/feeder tidak memberi makanan yang kering sahaja kepada kucing dalam jangka masa panjang.
Ini kerana susah kita nak pastikan yang mereka minum air yang mencukupi atau tidak.

 Berdasarkan pengalaman saya, kucing amat mudah terkena penyakit urine block atau tersumbat lebih-lebih lagi kucing jantan.

Kucing secara natural adalah haiwan yang sangat sukar berasa haus atau dahaga.
Mereka mendapat air daripada mangsa yang ditangkap seperti burung atau tikus contohnya.
Begitulah ciptaan kucing ini.

Kesian bila kita tengok betapa sengsara mereka cuba nak kencing tapi tidak dapat.
Apa akan berlaku sekiranya kita sebagai pemilik kucing tidak sedar akan simptom2 penyakit ni.
Pasti ia boleh membawa maut. 
Apatah lagi kucing yang kita bagi makan setiap hari di jalanan yang hanya makan dry food. 
kibbles sahaja. Pasti tiada siapa yang perasan!

Kucing jantan saya, telah menjadi mangsa kepada sikap saya yang mengambil mudah tentang pemakanan kucing.
Setiap hari saya bagi kucing saya si Tupai makan kibbles...
sehingga pada satu hari saya perasan, Tupai menjerit-jerit bila nak kencing.
Litter box habis di sepah-sepahkan...
Kesan penyakit ni, berpanjangan dan boleh berulang.
Tupai melalui proses Catheterization sebanyak 3 kali rawatan yang berbeza...
dan akhirnya, Tupai dibedah kerana terdapat darah beku dan struvite yang tidak hancur dalam bladder Tupai.

Sedih...
lebih-lebih lagi bila ada yang tidak tahu bagaimana nak buat bila kucing sakit FLUTD.

Baru-baru ni, satu insiden kucing jantan kawan saya mengidapi penyakit ni.
Saya tolong bawak pergi klinik. Allah sahaja yang tahu betapa seksa dia menanggung rasa nak kencing tapi tak dpt kencing (bayangkan diri kita cari toilet tak jumpa bila dah sarat nak kencing).


Tengok gambar di atas, ini adalah kucing jantan kawan saya. 
sedih tengok.Vet terpaksa picit pundi kencing dia untuk keluarkan air kencing.


Air kencing bercampur darah.
Kucing bernama comel di 'admit' selama lebih kurang seminggu.
Tuan dia kata, selama 5 tahun kucing dia makan nasi dan ikan rebus.
tapi bila tukar diet makan dry food/ kibbles dalam beberapa bulan tahun ni,
terus kucing ni terkena urine blockage.

Sayang....Tuhan lebih sayangkan dia....seminggu lepas keluar klinik, dia pergi selamanya.
Mungkin sebab komplikasi...sedih....semoga kamu aman di sana sayang.

Semoga kita ambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut dan pengalaman saya.
Sebagai human parents atau feeder kepada anak bulus ni, saya harap kita bijak mengatur diet pemakanan mereka.
Tidak lupa juga untuk diri kita juga.





Tuesday, 30 October 2012

Goldie:)

Ola...


Hai Goldie lagi...

 


Huh mama ni tak de keje lain..tau la Goldie ni comel sangatttttt

 

Monday, 1 October 2012

Yang Harus ku hargai....

ola...

yang harus ku hargai......
saat melihat kamu sihat
saat melihat kamu mengiau
saat melihat kamu nakal bermain
saat melihat kamu berebut makan
saat melihat kamu tidur dengan nyenyak
saat melihat kamu manja

itu harus aku hargai...

kalau kamu kurang sihat...
akan ku pastikan 
aku sabar, aku bertahan dan aku kuat
untuk aku harungi hari hari sayu bersama kamu semua
sehingga akhir nyawa...

Ya Allah, semoga kasih dan sayang mu terus kau hamparkan 
dan terus kau baluti di tubuh anak anak bulus yang kurang sihat
agar mereka kuat dan terus kuat untuk terus bersama kami
dengan izin mu ya Allah...Amin

untukmu Twinkle

Thursday, 27 September 2012

Anak Angkat BAru

Ola....


Saya Goldie atau nama manja mama panggil Buyung antu:P
sebab mama kata muka kita comel sgt mcm burung antu.
tinggal ngan mama sejak bulan Mac lepas ...sekarang dah gemok dan gendut; hihihihi
 Saya nak perkenalkan keluarga baru kami....

 
 Ini Deq Madan...nama Klinik dia Qubah
Mama ambik jd anak angkat dalam bulan pose ari tu...
pasal tu la nama dia deq Madan...nama sama mcm abg Madan mama kim n mama meyi!
Mama bagitau...keluarga dia tinggalkan dia kat vet mcm tu jer..
Mama kesian sgt tengok dia 
tiap kali pegi Klinik lawat abg Tupai yang masa tu kena bedah.
Mama kata, Kalau mama lalu ker ...deq madan mesti panggil mama....

 Sekarang Deq Madan dalam jagaan mama...
Doakan Deq Madan cepat sembuh yer...
Deq Madan tak dpt kontrol bladder...Kaki belakang terseret2 sikit.
Goldie doakan dia cepat sembuh dan dpt main ngan Goldie kat luar.

Ini Lucky....Abang Mama jumpa dia kat Hong Leong bank...
Rupa dia mcm dlm gambar ni..
kaki tempang...luka sgt dalam dan besar...
Mama bawak pegi Vet...
Rupanyer...Lucky kena gigit anjing...
kesian kat Lucky....


Ni gambar terkini....dah sgt hensem....
Sebab kaki dia tempang...nama Lucky jadi Te'pok...
Mcm Kuduk Te'pok kakak ShomeyShomey tu....
Las las skg ni, nama glamor dia Otek2.
hahahahah.....tu sume gara kecomelan Otek2 dan Te'pok Kakak Shomey2.

Bagi Pihak Mama, 
Goldie harap kakak shomey2 tak saman Mama yer sebab guna nama tanpa kebenaran hakcipta ☺

Sekian. Tima kasih.

Friday, 21 September 2012

Happy Besday To Kakak GT Hans

ola....

lama tak bersua,
tau-tau dah besday kakak shomeyshomey 
Heppy Besday kakak
Dari kami Orang Sarawak


ni Gambar lama, Mama Tatami tak de kesempatan nak uplod yg baru:)
tu tgk Wawa rupa zaman kesultanan melaka. hihihi

Semoag Panjang umur murah rezki dan dipermudahkan jaga shomeyshomey tersayang bersama mama meyie.

AMIN

Tuesday, 26 June 2012

Rindu...

Ola...
 Wajah2 comel di kampung...Uno, Musang dan Kris. 
Buat Uno dan Kris, semoga kamu berdua sihat2 bersama mummy sayang yer.

 Musang...yang telah tiada...namun memori tetap mekar dihati kami sume.

 Sayang...muka garang...mummy kepada tiga banak kat atas tu:) 

 Mama Tatami...lama dah tak update blog...
ni update pasal bebudak kat kampung yer?
Iyer sayang mama....nape tanyer?
Sajer jer mama....Mama jgn sedih2 pasal Musang tu yer
Dia, Adik Lucky dan Kak Jasper pasti gembira kat Jambatan Pelangi tu tgk kita dari sana.
Lap air mata tu k.

Ok la sayang mama. makacih. Sayanggggg Asari.

Rindu.

Tuesday, 5 June 2012

At Rainbow Bridge, you wait for us...

Dari Allah Mereka datang, kepada Allah mereka kembali...
Tak sempat melihat kamu membesar...
Kerana Allah lebih menyayangi,
kini...semua tinggal kenangan kecilikan dan kecomelan Musang dan Lucky.
U will always be dearly missed darling kittens

Musang (8/1/2012 - 25/5/2012)




Lucky (April 2012 - 5 Jun 2012)

Monday, 30 April 2012

In LOving Memory of Jasper:-(

28 April 2012....Bye sayang Jas.
Sudah Pasti Jas sangat gembira dan sihat di Rainbow Bridge

Buat semua, terima kasih di atas doa kalian
Jas sebenarnya mengalami usus kecil termasuk dalam usus, 
 Jika semasa hayat, 
Jasper ada satu bau yang sgt kurang menyenangkan,
Kuasa Allah maha besar, 
Jasper sangat wangi dan harum bila dia pergi.
Segalanya wangi. Subhanallah.
Itu kasih dan rahmat Allah pada hambanya yang baik 
walau hanya seekor kucing
Kami semua doakan agar Jas bahagia dan aman di sana.


This year, I have been struck with a few sad news about the loss of friends' furbabies.
The God decides and has already decided in any circle of life, 
it is now my turn to face a devastating news.
He loves our furbabies more than we love our furbabies indeed.
When one has passed on, it is so heartbreaking.
But, the responsibility in taking care the livings never stops.
Mama is still grieving for Jas' passing, though time can heal.
 Rest in Peace Jasper...love you and u will be dearly missed by us

TQ so much to Primavet Animal Clinic Vets and Staff for your endless and enormous efforts in giving your best to assist, treat and save my furbaby, Jasper. Indeed, your authentic loves towards animals regardless of breeds were truly portrayed thru your  best actions in saving her till her last breath. God Bless you


A POEM FOR THE GRIEVING...
Do not stand at my grave and weep.
I am not there, I do not sleep.
I am a thousand winds that blow,
I am the diamond glints on snow.
I am the sunlight on ripened grain,
I am the gentle autumn's rain.
When you awaken in the morning's hush,
I am the swift uplifting rush
of quiet birds in circled flight.
I am the stars that shine at night.
Do not stand at my grave and cry,
I am not there, I did not die...
-Anonymous

Saturday, 28 April 2012

Jasper, semoga kamu selamat

Jasper,
maaf sebab agak lambat menyedari simptom itu,
semoga hari ini, kamu selamat melalui pembedahan ini,
vet kata peluang jas agak.....
semoga Allah memberi jas kekuatan dan kesihatan yang baik
Mama usaha dan harap ini yg terbaik demi mesmastikan Jas pulih,
Jas, doa kami semua agar jas selamat dan kembali sihat.


Wednesday, 25 April 2012

Cepat sembuh Sayang Mama...

 Ola...

 

En Nape sayang mama ni? Monyok jer
Sakit pundi kencing ni mama tatami, tak dapat kencing la

Ni cuba mama tengok....tak leh kencing tau...
Tu la kan...heran la mama...ubat dah makan...dah 2 kali jumpa vet...mesti ada kristal ni.
nampak gaya nak kena anta abg tupai g klinik lagi la..

Ok la mama, ari tu dah jumpa Dr Nur 2 kali, so kali ni Abg Tupai nak request Dr Audrey pulak. lama tak jumpa dia. Can I Mama....pls...hehehe?
Ok ok...huh...bukan main lagi permintaan!

Betul tu Mama Tatami, ngengade betul la Abg Tupai ni. 
Anyway my big brother, get well soon ya. need u to be home soon cos i miss you chasing me:P

P/S: Tupai masuk ward semalam (24/4/2012) kalau masih urine masih block jugak, Tupai kena Catheterization. Doakan untuk Abg Tupai cepat sembuh ye.

Lama tak update blog, sebab byk tuntutan yang perlu dilaksanakan, kursus, memantau anak bulus tak sihat (tq for the vets n staff for your efforts ), parents kurang sihat...memang mencabar. semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.

Saturday, 3 March 2012

Belajar Sejarah Kami:)

 Ola....
Kucen a.k.a anak bulus Mama Tatami dan Mama Asari ni 
sume berasal dari jalanan.
secantek cantek kimora dan hachi pun ada yg buang (Tabby)
Kesiannnn....kerana kasih pada mereka...
semuanya untukmu

♫♪ Tiap apa yg ku buat♪
 ♪Tiap apa yang ku lakukan
Tidak bisa paksa mereka♫
walau apa yg terkadi padaku
♪kerna ini semua untuk mu..
untuk mu...untuk mu
kerna ini semua untuk mu..
untuk mu...untuk mu♫

Simba
Dulu (7 Disember 2011)

Kini (2012)
 
Jepun Famili
Dulu (Ogos 2011) dari kiri Aoki, Tatami, Kimora & Hachiko




Kini (2012) Dari kiri Tatami, Kimora, Hachiko & Aoki




Wawa

Dulu (6 Sept 2011)
Kini (2012)


Asari
Dulu (30 Nov 2010)
Kini (2012)
Semua yang di atas tu dijumpai tanpa ibu, 
mengiau-ngiau tak berhenti, dan ada yg sakit
Nak ditinggal...kesian. 
diambik, dirawat dan dijaga.

Dinding
Dulu (April 2010)
 Mula di angkat sebab merayau-rayau kat Library.
Diselamatkan oleh Mama Asari...
Sebab takut dimakan orang:P
Tak tahu si Dinding ni pegnan:)

 1 Jun 2010 - Peguin, Abg Tupai, Twister dan Elsa lahir:)
Sekor tak survive:(
Lima Beranak

Kini (2012) 


Doa Mama, Semoga kamu semua sihat dan selamat.
Juga kepada mereka yg tak dpt masuk umah, 
dok kat luar tu ...
sihat jugak☺

Jasper
Cherry 
Shark dan anak-anak, Nemo, Nala dan Dory
Goldie Chichi



Friday, 2 March 2012

Doakan untuk kami

ola...
Elsa...UTI, Fever, Eye Infection, Loss of Appetite:(

Dalam dua tiga minggu ni,
anak-anak mama byk yg sakit,
mula dari Asari dan Dindin...FLU,
pas tu Elsa...UTI, Demam, Appetite Loss 
(jumpa Dr Nur- 29 Feb 2012),
Abg Tupai dan Twister...Eye infection,
sebelum ni, Aoki...Radang paruparu,

Simba...

mcm tak sihat,
tak mahu makan, asyik tido...
Dulu, asal tgk mama buat ikan rebus, 
dia yg pertama menjerit 
dah 2 3 hari ni, dia buat tak tahu jer...
Risau:(
Budak kecik ni lom vaksin lagi.


Ini Jasper...
kucing terbiar yang lone ranger
mata nya sgt cantek.
berat dulu 1.6kg 
berat kini 2.2 kg (selepas 2 bulan)

kucing terbiar yg chronic - pyometra dan flu
dijaga dan dirawat dan spayed,
masih dipantau kesihatan nya...
anemic, suspected EGD, aneroxic,
suspected viral infection.
Doakan Jas sihat dan cergas
 

Tolong Doakan agar kesihatan kami pulih dan sihat seperti biasa. 
Kami tahu Mama risau sangat.



Tuesday, 28 February 2012

Tetamu baru:-)

ola...

si cinonet ni  dijumpai mengiau tak berhenti
mencari ibunya kot
kesian...
bawak pegi vet and deworm
pas ni tak tahu apa nasib kamu

buat masa ni...
nama kamu Goldie chichi.
semoga Goldie sihat.
ada sesiapa sudi nak foster?


Sunday, 26 February 2012

simba

ola...

Nama saya Simba.
Umur tak pasti,, mungkin 3 bulan.
Mama Tatami jumpa saya pas hujan lebat,
bawah kete,
saya kesejukan dan lapar,
saya tak tau mana ibu dan adik2 saya,
saya sebatang kara.
Tq Mama kutip saya.


Friday, 17 February 2012

Elsa the lioness

ola...

Mama, jgn la tinggalkan Elsa sekor2 atas nih..takuttt

Mama Asari pegang yer....takut lagi ker?

nebess la mama...
ala rilek la...ok jer...Elsa takut ape?

Elsa takut kene enjek.
Tak pe sayang..Elsa kan tak sihat....
kencing berdarah..tu yg kena bwk jumpa doc.



Elsa, cepat sembuh yer...
nanti leh tolong Penguin carik duit dia yg ilang tu...
Abg Tupai dah penat carik tapi tak jumpa:P


p/s: Elsa kena UTI balik...nasib perasan air kencing dia berdarah. pas bawak balik dari vet, air kencing dia lebih banyak kuar campur darah dari sebelumnya. Doakan Elsa kembali sehat yer mama semua:)

Thursday, 16 February 2012

sape yang curik?

ola...

grrrrr.....

Nape Penguin sayang ni? mara2 je mama tengok...

grr...duit penguin ilang, ada org curik!
eh byk ker duit? bape?
 
RM 3255... duit simpanan penguin!
isshhh..banyak nyer..leh beli rantai emas nih!



 tu yang geram sgt nih! 
Penguin dpt agak sape yang curik! 

 Wawa ker? 
eh mama, jgn la men tuduh2 mcm ni!

Simba?

saya pulak...erkkk..pe kes?

abis tu ...
sape yang curik duit penguin berjumlah RM3255?