TomeL-TomeL

TomeL-TomeL

Monday 19 November 2012

Urine Blockage dan diet anak bulus

ola...

Hari ni entri lain sikit. Saya nak kongsi dengan semua cat owner, cat care giver atau feeder di seluruh negara.

Berkenaan...
Makanan kucing dan Feline Urinary Lower Tract Disease (FLUTD)

Sebagai pemilik kucing atau care giver/ feeder yang aktif, saya memohon agar kita melihat kesan dan akibat sekiranya kucing diberikan makanan jenis kering atau 'Dry food- kibbles, kopok" dan sewaktu dengannya. Bukan niat saya untuk memburukkan makanan kucing jenis kibbles. Cuma cat owner atau care giver/feeder tidak memberi makanan yang kering sahaja kepada kucing dalam jangka masa panjang.
Ini kerana susah kita nak pastikan yang mereka minum air yang mencukupi atau tidak.

 Berdasarkan pengalaman saya, kucing amat mudah terkena penyakit urine block atau tersumbat lebih-lebih lagi kucing jantan.

Kucing secara natural adalah haiwan yang sangat sukar berasa haus atau dahaga.
Mereka mendapat air daripada mangsa yang ditangkap seperti burung atau tikus contohnya.
Begitulah ciptaan kucing ini.

Kesian bila kita tengok betapa sengsara mereka cuba nak kencing tapi tidak dapat.
Apa akan berlaku sekiranya kita sebagai pemilik kucing tidak sedar akan simptom2 penyakit ni.
Pasti ia boleh membawa maut. 
Apatah lagi kucing yang kita bagi makan setiap hari di jalanan yang hanya makan dry food. 
kibbles sahaja. Pasti tiada siapa yang perasan!

Kucing jantan saya, telah menjadi mangsa kepada sikap saya yang mengambil mudah tentang pemakanan kucing.
Setiap hari saya bagi kucing saya si Tupai makan kibbles...
sehingga pada satu hari saya perasan, Tupai menjerit-jerit bila nak kencing.
Litter box habis di sepah-sepahkan...
Kesan penyakit ni, berpanjangan dan boleh berulang.
Tupai melalui proses Catheterization sebanyak 3 kali rawatan yang berbeza...
dan akhirnya, Tupai dibedah kerana terdapat darah beku dan struvite yang tidak hancur dalam bladder Tupai.

Sedih...
lebih-lebih lagi bila ada yang tidak tahu bagaimana nak buat bila kucing sakit FLUTD.

Baru-baru ni, satu insiden kucing jantan kawan saya mengidapi penyakit ni.
Saya tolong bawak pergi klinik. Allah sahaja yang tahu betapa seksa dia menanggung rasa nak kencing tapi tak dpt kencing (bayangkan diri kita cari toilet tak jumpa bila dah sarat nak kencing).


Tengok gambar di atas, ini adalah kucing jantan kawan saya. 
sedih tengok.Vet terpaksa picit pundi kencing dia untuk keluarkan air kencing.


Air kencing bercampur darah.
Kucing bernama comel di 'admit' selama lebih kurang seminggu.
Tuan dia kata, selama 5 tahun kucing dia makan nasi dan ikan rebus.
tapi bila tukar diet makan dry food/ kibbles dalam beberapa bulan tahun ni,
terus kucing ni terkena urine blockage.

Sayang....Tuhan lebih sayangkan dia....seminggu lepas keluar klinik, dia pergi selamanya.
Mungkin sebab komplikasi...sedih....semoga kamu aman di sana sayang.

Semoga kita ambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut dan pengalaman saya.
Sebagai human parents atau feeder kepada anak bulus ni, saya harap kita bijak mengatur diet pemakanan mereka.
Tidak lupa juga untuk diri kita juga.





8 comments:

  1. sedihnya.

    saya sekarang doc yg feed kucing area rumah selalu pesan bagi air sama bila feed kucing.

    kibbles menjadi pilihan sebab mudah..tapi once in a while saya mmg gaulkan dengan wet food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih Marie:) kita memang mesti prihatin pada kesihatan mereka.

      Delete
  2. tima kasih kak sbb berkongsi pengalaman ini..

    ReplyDelete
  3. tumpang lalu si Pencinta Kucing... :)

    ReplyDelete
  4. Kucing saya sakit perut, org ckp kalau kucing sakit perut kena bg puasa 12 jam then bg makan ayam rebus dgn nasi, kalau saya gaulkan nasi tu dgn wet food ayam boleh tak?? Kucing saya tuh ada baby 3 minggu... anak² dia pon sakit perut jgak, kesian laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawer warrior, sebaiknya bawak pg jmp vet. Takut sakit lain. Bg minum air kosong je..tapi sbb ada anak, nasihat sy, bw p vet. Bg dada ayam rebus tanpa kulit.jgn bg nasi sbb tu akn buat dia cirit. Hrp dia dah sihat

      Delete
  5. Kucing saya sama kes mcm kes kucing awak skrg ni tgh admit kat hospital selama seminggu. Hrp2 lps kluar ni dh okay :(

    ReplyDelete